
Selamat pagi semua :) Mulakan hari dengan bismillah supaya hari dijalani dengan berkat .Sehari saya berniaga nasi lemak memang agak memenatkan tetapi itulah kehidupan bersusah dulu senang kemudian , asalkan rezeki halal mungkin ini adalah cubaan untuk diri dan keluarga .Dulu kami agak senang tetapi musibah menimpa hidup menjadi susah tetapi hadapi dengan redha memang agak sedikit susah mejalani hidup seperti ini. Akui memang saya cemburu dengan kelurga orang lain mempunyai keluarga yang lengkap dan bahagia tetapi kenapa ada anak-anak yang masih tidak bersyukur lagi .Hairan ! Sepatutnya mereka harus bersyukur dikurniakan keluarga yang bahagia seperti iyu bukan seperti keluarga susah seperti saya . Ucapkanlah syukur walaupun dalam kepayahan .Selalulah berfikiran mungkin ALLAH sayang akan kamu kerana itu diberi ujian seperti ini .Tadahkan tangan dan berdoa agar diberkati oleh ALLAH mungkin itu lebih rasa kebahagiannya .ALLAH sentiasa memberikan hambanya senang ,bersangka baiklah kepada ALLAH :)
No comments:
Post a Comment